Kering sudah air mata ... Lagu ini sangat bermakna buat saya. Liriknya sangat menyentuh perasaan. memang berkaca dan mengalir air mata saya
.
seperti faham perasaan saya sebagai saudara baru.
.
Inginkan orang tersayang bersama kembali kepada fitrah.
.
teringat kisah bapa saudara tersayang Rasululah SAW iaitu Abu Talib yang sentiasa menyayangi dan menjaga Rasulullah SAW hingga hujung nyawanya
.
Doa yang tak pernah putus untuk mereka yang tersayang kembali kepada fitrah hingga kering sudah air mata.
.
Semoga kita sama-sama dapat berpimpinan tangan masuk ke Jannah. Aamin
.
Terima kasih dan tahniah buat Munif Hijjaz dengan perlancaran Lagu terbaru #keringsudahairmata . Boleh tonton music video di youtube
https://youtu.be/XdJPaqyuGfw
.
#adamcorrie